Friday, March 6, 2009

Wawasan YZF125

Setelah mempertimbangkan segala kekangan, kini saya ada satu pendekatan yang realistik. Pendekatan ini disarankan setelah mengambilkira semua hipotesis yang telah saya lakukan selepas saya menduduki kertas terakhir peperiksaan SPM, kira-kira 9 tahun yang lalu. Metodologi ini amat realistik sebab ianya berkaitan dengan literature review yang telah saya lakukan. Di sini saya akan senaraikan semua taksonomi yang saya maksudkan :
  • Memandangkan Wawasan Silvia S15 saya telah tersasar dari milestone, maka saya ada satu pendekatan yang baru. Pendekatan ini dikenali sebagai Wawasan YZF125. Sebab utama wawasan ini disarankan adalah kerana saya tidak mampu nak berhutang. Jika saya berhutang untuk sebuah kereta terpakai, atau kereta buatan tempatan, termasuklah kereta CKD (pasang di Malaysia), ianya masih lagi tidak berbaloi dan saya tetap tidak mampu. Walaupun kapasiti enjin YZF125 hanya sebesar 125 cc, ianya tetap berbaloi untuk saya berhutang. Kalau saya berhutang untuk sebuah easy rider, ianya agak mahal dan tidak berbaloi, melainkan pendapatan saya lebih dari 5k sebulan dan berkereta siri-3. Jika easy rider seperti Jaguh atau Virago, mungkin saya akan pertimbangkan, sebab ianya berbaloi. Tapi saya tetap ingin melihat Wawasan YZF125 saya menjadi kenyataan.

- Wawasan YZF125 dan seorang kekasih yang cantik, rugged lagi seksi.

  • Dulu, saya wujudkan Wawasan Silvia S15 dengan tujuan untuk memotivasikan diri saya. Tujuannya adalah untuk mendapatkan seorang kekasih yang cantik, rugged lagi seksi. Sekarang, wawasan ini telah memakan diri saya sendiri. Bukan saja batang hidung kekasih idaman saya tidak muncul, bayang-bayangnya juga tidak pernah muncul dalam setiap mimpi saya. Bila saya buka mata, baru saya sedar bahawa realiti tetap membawa saya ke bawah. Cinta perlukan pengorbanan dan saya tidak mahu menjadi korban cinta. Ini kerana, jika saya mahu memulakan satu percintaan, saya perlu sediakan sekurang-kurangnya RM30 sebulan untuk saya top-up nombor henpon saya. Nilai sebanyak itu amat bermakna buat saya, kerana ianya akan mengorbankan sebahagian daripada masa saya yang ada, iaitu 24 jam. Oleh itu, saya tidak mahu nilai 24 jam saya disamakan dengan RM30. Kini baru saya faham kenapa orang putih itu selalu kata beauty lies on the eyes of beholder. Saya akan tetap kata kekasih saya cantik seperti pari-pari walaupun orang lain kata muka kekasih saya macam muka pecah pintu. Tapi itu ayat lelaki hipokrit, sebab lelaki suka perempuan cantik, rugged lagi seksi. Oleh itu, saya tetap akan sokong orang putih itu, kerana cantik, rugged lagi seksi terletak pada hujung pandang mata saya, bukan hujung pandang mata orang lain.
  • Tujuan saya wujudkan wawasan Silvia S15 dulu adalah untuk menjadi seorang yang angkuh, sombong, bongkak, riak dan takbur. Ini kerana, jika saya ada Silvia S15, maka saya boleh angkuh, sombong, bongkak, riak dan takbur di hadapan orang lain sambil merevving enjin S15 saya agar mereka dengar bunyi spooling, hasil dari turbo enjin Rb24Dett S15 saya. Bukan itu saja, saya juga akan ditemani oleh kekasih saya yang cantik, rugged lagi seksi, yang sedang duduk di sebelah saya, sambil saya sedang angkuh, sombong, bongkak, riak dan takbur di hadapan orang lain yang sedang memandu. Kini baru saya sedar yang saya tidak layak untuk angkuh, sombong, bongkak, riak dan takbur di hadapan sesiapa pun. Oleh itu, Wawasan YZF125 adalah kesimpulan kepada hipotesis yang telah saya lakukan. Ini kerana, sudah ramai perempuan di luar sana menjadi plastik dan saya tidak mahu memiliki kekasih yang cantik, rugged lagi seksi tetapi plastik. Jika saya bermotosikal, saya boleh anggarkan kebarangkalian perempuan yang menjadi kekasih saya itu, sanggup berkorban, menghidu bau 2T/4T serta berperfumekan 2T/4T, berpanas, bermandikan hujan serta peluh dan berjerawat setelah muka terdedah kepada asap dan habuk berjam-jam lamanya, adalah 0.000000000002323. Itu satu kebarangkalian yang memberi maksud bahawa saya perlu berusaha dengan lebih gigih lagi untuk merealisasikan, bukan saja Wawasan YZF125, tetapi saya akan meneruskan lagi usaha Wawasan Silvia S15 yang telah saya tinggalkan separuh jalan.
Kesimpulannya, saya perlu mencari seorang kekasih yang cantik, rugged lagi seksi untuk membantu saya merealisasikan wawasan saya. Ini kerana, kejayaan seorang lelaki adalah disebabkan berdirinya seorang perempuan di belakang lelaki tersebut. Tapi, saya masih tidak yakin, adakah saya akan berjumpa dengan kekasih impian saya yang cantik, rugged lagi seksi itu. Andai kata saya jumpa kekasih saya yang cantik, rugged lagi seksi itu, apakah dia sanggup berdiri di belakang saya yang berbau 2T/4T?

- Wawasan Silvia S15 tetap akan diteruskan

16 comments:

Anonymous said...

aku ari2 nemu moto tok. kaler itam. untuk memiliki nya, saya rasa anda harus bertaraf DS52 (paling kurang) dan mempunyai PHD pada umur awal 30-an. keep on dreaming dude. satu hari kelak, dapat ko moto ya walaupun size kedak kereta bond shell ya.

Anonymous said...

tauk aku... apek diam bdc pakei moto ya. kaler itam... tapi statemen ko ya nang mematahkan semangat aku la.

ღ❤❣::A.J.M::❣❤ღ said...

its not wrong to dream... tanpa mimpi hidup bkn realiti... 1day bah wan... insya allah... mesti akn dpt mun azam kuat wpun skdr mimpi... kata org... mimpi2 duluan... realiti2 kemudian...

Anonymous said...

keta ya 150K lebih kurang. jgn patah semangat pok lak emo ko lak. hehehehe

Ku mok juak lah Wawasan YZF125. rugged juak bike ya.

Anonymous said...

embun_malam
nang sik salah... bak kata omputeh, dare to dream tek konon2nya... i mushkil, u padah dream nok ne sigek, moto, keta, kekasih?

fxoni
mena2, keta ya lam 150k, tp aku da nemu rega 102k, fully tune pok... tp aku nak tukar la wawasan yzf125 ya, sbb nya lom kompom masok mesia gik, ya pun gik launch di india.

jd aku da wawasan baru, wawasan zx2. hehe

Anonymous said...

moto, keta ngan kekasih yang cantik, rugged lagi seksi.

tinggi na impian

Anonymous said...

bkn gia la nor...
impian, mimpi, percakapan... smua ya 1 doa...

Anonymous said...

tauk aku... apek diam bdc pakei moto ya. kaler itam... tapi statemen ko ya nang mematahkan semangat aku la.

Aku nemu ari2 sebab nissan slyvia itam ya parking sederet ngan tempat aku parking. lecturer ngempun moto ya. nya dah DR kinek tok. aku sik nemu di BDC, aku nemu rah tempat jin betendang. sekda aku nak matah semangat kau. malas ku nak mengKrush mimpi orang. sik ada kepentingan k aku juak. rugged la moto ya tanggar live tapi sik best eh bagi aku. penyek jak upa. dah kaler itam, alu kedak kicap ayam penyet rah samarahan.

Anonymous said...

kesimpulannya, aku mesti bertaraf DS52 aka pegawai kelas A aka profesor... huhuhu

hurmmm... ayam penyet... nyaman ya... sekpat dinafikan yg makanan jawa nyaman2... wlpn nya jawa, tp, jawa pun jawa la...

FxOni said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

sik aku tauk hal kitak duak atul ya...

nang klash ajak2...
bagus kitak duak polah kehidupan... sak berseri kit...
hehehe...

FxOni said...

aih...maka jak sik da kaitan

FxOni said...

eh lupak....mari menabung!!

Anonymous said...

pahal ko delete komen ko ya???
hehehe... kantoi da jakkk

FxOni said...

palak ko..maka jak bukan komen aku.

Anonymous said...

udah gik... lak aku load chatterbox. k ktkorg klaei...