Cerita punya cerita, agen ni kata yang aku kena tandatangan perjanjian. Tapi yang buat aku tak puas hati, tadi cakap lain, ni cakap lain. Memang patut pun agen ni cakap berbelit, sebab agen ni asalnya dari bangsa yang bijak manipulate data. Kalau tak percaya, kamu hire lawyer yang asal dari bangsa ni, gerenti kes kamu menang punya. Nasib baik aku cakap ‘tak nak’, kalau aku cakap ‘nak’, memang ranap la hidup aku.
Tujuan aku nak tulis entry ni bukan apa. Aku nak tulis tentang istilah JON. Istilah ni aku dengan “kawan baik” aku guna masa sekolah dulu. Kalau ikut anthropologi, geografi pemerhatian aku cuma di tempat asal aku. Istilah ni cuma sesuai di situ saja, kalau di tempat lain, mungkin definisinya berbeza.
Mula-mula aku nak tulis entry ni guna bahasa Sarawak, tapi amat sukar untuk tulis dalam bahasa tersebut, sebab ia bukan bahasa penulisan, tapi bahasa pertuturan. Sila baca, sebab bukan semua orang kampung aku tahu maksud JON.
Tujuan aku nak tulis entry ni bukan apa. Aku nak tulis tentang istilah JON. Istilah ni aku dengan “kawan baik” aku guna masa sekolah dulu. Kalau ikut anthropologi, geografi pemerhatian aku cuma di tempat asal aku. Istilah ni cuma sesuai di situ saja, kalau di tempat lain, mungkin definisinya berbeza.
Mula-mula aku nak tulis entry ni guna bahasa Sarawak, tapi amat sukar untuk tulis dalam bahasa tersebut, sebab ia bukan bahasa penulisan, tapi bahasa pertuturan. Sila baca, sebab bukan semua orang kampung aku tahu maksud JON.
- Semestinya mereka ni berjantina lelaki. Nama tidak semestinya JON, mungkin nama mereka Abdul Rahman Al-Hafiz atau Redhza Danish bin Amirul Hakim. JON, bunyinya seperti seorang Dayak, tapi tidak semestinya Dayak, mereka mungkin seorang Melayu atau Melanau. Berusia dalam lingkungan 20an keatas. Jika sudah berkahwin atau umur mencecah 30an keatas, mereka akan digelar Jonet, itu cerita lain. JON sebenarnya tidak sama dengan John, definisi jauh berbeza.
- Kalau nak kenal JON ni memang senang, tengok dari segi gaya. Majority JON, gaya dan
stail mereka seperti seorang jejaka metroseksual. Walaupun metro, tapi masih ada kekurangan dari segi penampilan, fesyen agak ketinggalan, 4 musim bunga jauh kebelakang. Itu penampilan ke pejabat, kalau luar pejabat, masih ada lagi diantara mereka yang menampilkan gaya metro, tapi aku ada jumpa JON yang ikut gaya penampilan Cat Farish, di Wisma Saberkas. Baju yang menjadi kemestian, berlambangkan kuda dan pemain polo yang bersaiz kecil, tapi bukan dua ekor kuda dan dua pemain polo serta bernombor dan berlambangkan sebuah negara, atau bukan juga lambang kuda kereta lumba F1. Paling mudah, lihat saja Beckham, istilah metroseksual yang mudah difahami umum.
- Gaya rambut, pastinya gaya mohawk ala Beckham, itu suatu kewajipan. Kalau tak pun, gaya rambut pendek Fahrin Ahmad. Kalau panjang pun, mereka akan kenakan gaya potongan layer. Aku tak pernah jumpa JON yang coby hair, messy hair, dreadlock atau cornrows. Kalau rambut panjang, lagi lah tiada. Sebab Johnny Depp bukanlah idola fesyen JON. Itulah maksudnya stail, boleh mengubah pengemis jalanan kepada rocker pujaan.
- Tempat lepak selalunya tidak spesifik, tapi kalau nak jumpa JON, senang. Mereka selalunya lepak di McDonald sebelah Tun Jugah, Family Café, Cili Padi depan Swinburne University atau di semua lot-lot restoran makanan, fast food atau non fast food, di The Spring. Asalkan namanya The Spring, JON pasti kelihatan di situ.
- Kalau JON yang berjaya dan bekerjaya, tempat lepak, di Bing!. Mana tau, nasib baik dapat bawa balik betina mabuk dari Gruppa dan Soho untuk one night stand. Mereka tidak akan ditemui di kedai mamak Bt. 7. Percayalah, sebab di situ bukan tempat lepak yang standard, ia hanya untuk Mat Rempit dan LEPEH.
- Bila hujung minggu, mereka pasti boleh ditemui di Santubong, Pantai Damai atau di Kem Permai, secara berkumpulan, sambil ditemani pasangan masing-masing dan bercermin mata oversized Ray Ban, agar kerja mengusha mudah dilakukan (Gua ada cermin mata oversized jenama tersebut, hadiah dari seseorang. Tapi gua tak pernah pakai, sebab gua anti semua barang yang oversized)

- Ciri-ciri pasangan, selalunya chinese look, seperti gambar di atas, mungkinlah... Putih, gebu, memang betul-betul seperti cina. Atau mungkin kebetulan majoriti perempuan di kampung aku berkulit putih gebu. Kalau bertudung sekalipun, rupa dan gaya mereka masih lagi sama, seperti cina yang bertudung. Tak kisah kalau muka macam pecah kilang sekalipun, asalkan ada ciri-ciri di atas. Aku tak faham kenapa citarasa mereka sebegitu. Mungkin sebab perempuan cina kelihatan agak ranggi pada pandangan mereka, walaupun mereka boleh dikategorikan sebagai bangsa yang menjadi fashion victim (definisi fashion victim jauh berbeza dari definisi “orang yang bereksperimentasi”). Andai kata pasangan mereka tidak seperti itu, pasangan mereka pastinya seorang perempuan KATI. Itu cerita lain. Sebab mereka telah meletakkan standard masing-masing. Kira high taste la.
Tidak suka menunggang motosikal, takut jatuh standard beb... Tak kira motosikal jenis apa sekalipun, scooter, touring bike, superbike, easy rider, motard, kenderaan bertayar dua bukan pilihan. Lagipun, motosikal selalunya untuk POK, itu cerita lain lagi. Selalunya, JON yang baru dapat title JON, memandu kereta nasional, tapi bukan Kancil atau Saga Aeroback atau Perdana V6. Alasan, sebab berbaloi untuk berhutang.
- Kalau kereta continental 2nd-hand atau re-cond Jepun, nilainya sama dengan kereta tempatan yang baru. Sebab di kampung aku, harga kereta, 8K dan ke atas lebih mahal dari Semenanjung. Jadi, alasan tetap sama, tidak berbaloi. Tapi, mereka tidak semestinya memandu kereta tempatan atau kereta CKD (kereta dipasang di Malaysia) yang telah diubahsuai, cuma yang pasti, mereka tidak suka menunggang motosikal dan mereka lebih meminati rancangan Mtv Pimp My Ride’ berbanding Discovery TURBO.
- Aku ada berjumpa dengan classmate aku masa sekolah dulu. Beliau, dari segi luaran, memang seorang lelaki metroseksual, tapi bukan seorang JON. Sebab beliau memandu kereta Skyline gtt34. Adakah itu alasan kenapa beliau terkeluar dari ciri-ciri seorang JON? Tidak, beliau memang bukan seorang JON.
- Kalau lepak, JON lebih suka bercerita tentang tajuk, “AKU dan KITA”. Sambil mengusha orang sekeliling dengan mata sepet lagi kerek (sepet keturunan tidak sama dengan sepet sombong).
- Meminati Chelsea dan Manchester United. Kalau tak percaya, kamu lihat pada kereta JON, pasti ada sticker Chelsea dan Manchester United, paling tidak pun, Arsenal. Liverpool bukanlah untuk JON, sebab ia untuk mereka yang betul-betul meminati bolasepak. Kalau kamu tak percaya, kamu tanya Shebby Singh, beliau pasti akan kata yang beliau meminati Tottenham Hotspurs daripada Chelsea. Apa yang pasti, JON akan menyokong mana-mana kelab yang menjuarai EPL, termasuklah Fulham, jika mereka menjuarai EPL.
- Satu lagi, kalau main futsal, mereka lebih suka bermain di Sports Planet di Bintawa, berbanding di Stakan Bt. 7, atau di tempat lapang. Paling afdal, main futsal pada malam Rabu, sebab ladies night beb, silap-silap boleh apply skil Khalid Jamlus.
- Menggunakan verb POK sebagai panggilan antara mereka sendiri, walaupun POK itu satu kategori lain dan tiada kaitan. Ia hanya sekadar untuk membezakan diri mereka atas sedikit dari POK.
- Meminati muzik bermelodi pop, r&b, club dan punk rock yang bergenre emo. Mereka tidak minat muzik berbentuk post-rock, grunge atau M. Daud Kilau. Sebab mereka rasakan genre muzik sebegitu agak ketinggalan zaman, berbanding Metro Station, Panic at the Disco, McFly dan Faizal Tahir.

- Kamu sendiri yang tambah…
Aku rasa, setakat itu saja yang aku nampak melalui pemerhatian aku. Mungkin kamu ada lagi perkara yang kamu mungkin nampak melalui pemerhatian kamu. Kerana, dimensi pemerhatian antara individu berbeza-beza, seperti pembiasan cahaya oleh prisma. Aku tulis entry ni bukan apa, aku dah muak dengan perangai JON yang aku temui, perasan bagus lagi hebat. Orang di sekeliling hanya sampah yang patut diludah.

8 comments:
Wan...sapa nk JON ya wan... musykil la wak... tapi nang antap... Good Job... kmk asa kmk byk jumpa JON ompuan... heeee...
salah ya... mpuan bkn Jon... lak i nulis gik term k mpuan
mun POK JON?? hehe
ya 2 maksud berbeza... lak aku elaboret gik nganko...
gne pojek tek?
ya maksud jon duhal.. tapi nang bena la, sbb sidak tok biasanya org yg dh ada kerjaya so-called hebat. so, hebat means AKU, low profile has no definition.
selalunya sidak eksekutif wannabe. mena sik pok? hehe. sikpat salahkan sidak, gaya hidup dh berubah lepas grade. kira SS la.
mun perempuan kati ya, i can interprete of what youve said while kamu dan aku walkie-walkie, talkie-talkie, lepak at the most jon 'outrated' place, mapley.. kati ya vice-versa for jon and yet annoying, i reckon
nemu cik sam mbak skoot ktk riya. nya kategori uncle rempit ka sik, sebab nya nakka lepeh.
p/s : pahal baru nektok merik url blog? dolok tanya nya da blog ka sik, padah sikda. maka dh lama jd blogger but i wont give mine, too personal. just let it floated around. stalker knows how to stalk, do you.
sukati ko je curik gamba awek aku..
dah la tiba moto touring aku..
pok.
sori aku tunggah ko pok. gine ngan ko? lol. sebab lam friend list ym aku, nick ko john jenin. gine ya pok? ko jon ka pok. so, aku pakei anonymous john jenin, kira ya bukti juri la. lama ko blogging, aku malas nak komen, sebab semua yg ko tulis ya, aku dah dengar dari mulut ko. tok la 1st time aku komen panjang lebar juak la. sebab no 3 ya, part McD tun jugah ya, office aku kat area sia juak, sikkan la aku jadi jon. sebab aku salu makan sia. aku tok chiban, dah la nama bapak aku john, nasib bait ya crita lain. lol. nang stalker la kau tok. bagus ko keja ngan aku. sebab bos lamak ko, william nyuroh ko datang sitok balit. jadi editor front page bkn page semasa. ganti si hung sik guna ya. lol. pasya ko publish la observation ko tok lam page extra untuk eastern times ngan utusan. boh diam di kl ya, sik guna ko idup ngan sidak lepeh. klak jadi lepeh, nait moto kei apollo. nang your thought mightier than sword la.
bukan nama sebenar,
sap kok tang lok
edwin
kazen says -
aok jak la. smua yg i pdh ngan u. ssh na kaka ngan mpuan, tauk da nyaruk basa omputeh.
mun cik sam ya, kes khas.
saja jk bg url ngan ktk.
blh sik kurangkn word stalk ya. sbb bunyi nya jaik ilak. coba tukar stalk ke obsessively shadowing, da kck kit bunyi nya
jeman -
aku tggu ko nye vulcan pimp cam lam occ. ghost rider
"john jenin" -
mun ko da smua ciri2 lam ya, mksdnya ko nang jon la. tp gak cgek ya, so ko bkn jon, cuma anak john.
"sap kok tang lok". lama sik k ayat ya. aku di ctok k ayat tok "sap kok tang lu"
Post a Comment