Monday, March 16, 2009

Istilah POK

POK, verb yang sering digunakan oleh mereka-mereka yang berada disekeliling kamu, termasuk aku sendiri. Tak kisahlah kamu lelaki atau perempuan, kamu tetap dipanggil dengan gelaran itu. Untuk mengetahui apa yang dimaksudkan dengan POK, sila baca sampai habis agar tiada kekeliruan yang timbul.

1. Ha… POK?
Gelaran ini sebenarnya untuk lelaki, bukan untuk perempuan. Jika perempuan menggunakan perkataan ini sebagai verb, mungkin ada sesuatu yang tak kena dalam diri mereka. POK biasanya digunakan dalam ayat seperti ini ;

“ha… pok… pa polah ko?”,

“pok… pe cer?”,

“gappo dio pok?”,

“pok… wats up,tumbs up, take five, dive…” (jika kawan kamu ghetto, ayat, ejaan, memang parah)

Jika kawan kamu berasal dari negeri yang berlainan, dan sifat kenegerian kamu tidak berapa nak tebal, pasti mereka akan menggunakan ayat seperti di atas.

2. Nama kamu bukan POK
Walaupun nama kamu, Mohd. Daniel Victor Cox bin Attic atau Mark Foster anak Dennis, kamu tetap dipanggil POK. Tak kisahlah kamu berbangsa apa sekalipun, kamu tetap akan dipanggil POK, jika kawan kamu seorang POK, dan kamu dikelilingi oleh POK-POK.

Andaikata kamu bernama Lai Chen Haw atau Mee Pok Man, belum tentu kawan kamu akan panggil kamu POK, dan Mee Pok Man juga tiada kaitan dengan POK, ia adalah sebuah cerita komedi dari Singapura, arahan Eric Khoo.

POK juga tiada kaitan dengan mee pok, memang tiada kaitan, kerana POK bukanlah sejenis makanan yang dihasilkan oleh kaum Teochew, yang berasal dari Guangdong, China. Ia adalah sejenis spesis yang bernama manusia.

- sekadar hiasan serta ada kaitan

Jika kamu suka makan mee pok buatan tangan En. Ibrahim Lim (Lim mushroom, foodcourt belakang Parkson), atau mee pok di Jalan Petanak (untuk mereka yang tak tahu maksud halal), belum tentu kamu akan dipanggil dengan gelaran POK, sebab itu kategori lain, dan En. Ibrahim Lim juga bukan seorang POK, dia seorang mualaf…

3. Aktiviti berkumpulan
Biasanya mereka akan melakukan semua aktiviti secara berkumpulan. Jika berseorangan, mereka tidak akan menonjol sangat, sebab aktiviti yang dilakukan memang berkaitan dengan perkara bodoh, untuk menarik perhatian orang sekeliling. Biasalah, kalau nak buat benda bodoh, mesti ada teman sebagai sokongan, sebab golongan ini dikategorikan sebagai golongan yang sehati sejiwa dan tiada kehidupan.

4. Bersifat agresif di depan perempuan
Ini salah satu kategori yang umum. Biasanya semua lelaki akan bersifat agresif bila di depan perempuan, tapi bukan agresif seperti menampar atau memukul perempuan tersebut. Bukan… itu kategori lain. POK selalunya akan memerhatikan perempuan yang lalu di hadapan mereka, tak kisahlah di mana sekalipun, tepi longkang, shopping complex atau dalam pejabat (bukan officemate). Mereka pasti akan membuat bunyi-bunyian seperti cicak yang hendak mengawan, dengan tujuan untuk menarik perhatian, hingga hilang dari pandangan. Jika perempuan tersebut berpakaian seperti bungkus buah betik yang belum masak, maka tahap bunyi cicak yang hendak mengawan akan bertukar menjadi seperti bunyi kucing yang hendak bersetubuh.

Kadangkala mereka akan bersikap agak agresif jika perempuan yang cuba ditekel, tidak dilayan oleh mereka. Tapi, pada pandangan mata kasar aku, paling agresif yang POK akan lakukan, hanyalah menyebut perkataan kesat seperti… faham-fahamlah.

Jika ada perempuan yang layan kerenah lelaki seperti ini, dan pada situasi sebegini, terbuktilah perempuan tersebut adalah seorang Tipah dan berkategori perempuan malang. Itu cerita lain.

Kepada perempuan di luar sana, jangan takut pada mereka ini, sebab, perkara paling agresif yang akan mereka lakukan hanya meminta nombor telefon kamu. Percayalah…

5. Meminati motosikal
Ini juga kategori yang agak umum. Motosikal, biasanya dikaitkan dengan lelaki dan jika kamu seorang lelaki dan tidak minat pada motosikal atau tidak tahu bagaimana hendak start motosikal, memang ada sesuatu yang tak kena pada diri kamu. Biasanya POK meminati motosikal berkuasa rendah, 135cc dan kebawah. Mereka betul-betul taksub pada motosikal sehinggakan dalam beg galas mereka, bukannya terdapat dokumen-dokumen kerja atau memo syarikat, tapi, spanar pelbagai saiz atau toolbox.

Mereka tidak minat pada motosikal berkuasa tinggi dan motosikal idaman, sudah pasti Yamaha RXZ yang berkapasiti 135cc atau Yahama 125Z. Jika mereka berjaya memiliki motosikal seperti Yamaha TZM, maka status mereka agak maju sedikit dari POK yang lain, tapi perjalanannya masih lagi jauh untuk menjadi JON.

Motosikal yang dimiliki pasti akan diubahsuai dengan meletakkan aksesori yang menjengkelkan seperti memasang ekzos ehem… (sebutan untuk ekzos yang ada cop AHM, buatan kedai Ah Hong Motor, Sentul).

6. Perempuan idaman
Biasanya, mereka meminati perempuan yang mempunyai ciri-ciri seperti Fazura atau Juliana Evans. Ada juga yang mempunyai citarasa yang agak global dan mereka ini meminati perempuan yang mempunyai ciri-ciri seperti seorang pelakon sinetron Astro Aruna yang berkumis nipis.

Paling tidak pun, mereka akan cuba untuk mendapatkan seorang perempuan KATI. Jika mereka berjaya menekel perempuan KATI, maka gaya hidup mereka akan berubah sedikit demi sedikit dan akhirnya akan ditinggalkan.

7. Minat
POK biasanya meminati genre muzik yang sama, iaitu lagu-lagu tangkap lentok Eddie Hamid dan “this I promise you”, nyanyian N’SYNC. Artis yang mereka minati, pastinya artis-artis “band-band karaoke”, seperti Scoin, Sting, Arrow, Spoon dan Misha Omar. Jika ada POK yang bercitarasa sedikit urban, mereka minat pada Faizal Tahir dan Imran Ajmain. Ada juga yang minat dengan Justin Timberlake, sebab lagu “my love” betul-betul urban. Hazami dan Anuar Zain bukanlah artis pujaan mereka, sebab itu hanyalah untuk gay.

Tempat lepak biasanya tidak spesifik dan mereka lebih minat pergi berkaraoke sambil menyanyikan lagu-lagu Eddie Hamid, seperti “ramalanku benar belaka”. Biasanya mereka akan pergi berkaraoke di tempat karaoke yang digelar “karaoke jamban”. Kamu tahu apa itu karaoke jamban? Ianya boleh didapati di shopping complex dan bersaiz sebesar partition tandas awam.

Sudah pasti mereka akan bersesak-sesak di dalam partition tersebut, menyanyikan lagu artis pujaan, sambil membuka pintu partition, agar Tipah di partition sebelah dapat dengar suara mereka yang offkey…

Aku pun minat juga berkaraoke jamban, sebab kawan aku ramai yang POK. Memandangkan berkaraoke di tempat seperti JukeBox atau Home Entertaiment agak mahal, maka karaoke jamban adalah pilihan yang bijak.

8. Meminati Manchester United
Itu satu kenyataan, sebab rata-rata POK yang aku lihat dan kenal, minat pada Cristiano Ronaldo dan memakai baju Manchester United.

9. Gentleman
Mereka ini tiada sifat budiman. Sebab rata-rata mereka ini berkategori Loser dan agak kesampahan. Aku juga mengaku yang aku tiada sifat gentleman, sebab pada aku, sifat tesebut diperlukan pada masa-masa tertentu dan di tempat tertentu, tapi bukan setiap masa, termasuklah di hadapan kekasih kamu sendiri. Jika kamu besifat budiman setiap masa, termasuk di hadapan kekasih, maka sahlah kamu seorang yang hipokrit. Itu cerita lain…

10. Kamu sendiri yang tambah…

Hanya itu saja yang aku tahu. Jika kamu menepati kesemua ciri-ciri yang dinyatakan, sahlah kamu seorang POK.

Sekian, terima kasih.

12 comments:

Anonymous said...

POK juga bawak tools pegi kelas..
memang POK habis la..
POKemon punya POK..

Anonymous said...

POK!

ღ❤❣::A.J.M::❣❤ღ said...

hahahaaaaaa... dowh dowh... bukan isu u yg jd tarikan i... pic mee sekadar hiasan u yg jd pujaan...

Anonymous said...

jeman-
pok bawak tool pegi kelas. ha.. itu cerita dulu2.. nostalgia beb.. pasni dh xbawak tool, bawak shoei lak.. hehe..

atul-
pa cita ktorg tek??? krisis ka? tanyak jak bah..
ha pok??

embun_malam-
pa gik.. mee cendawan la.. tp k mee pok la..
tp status tetap bkn POK..

Anonymous said...

cerita apa POK?

Anonymous said...

cita2 bah.. cita bujang la.. POK
lak aku embed chaterbox k ktorg anoking..
alu full komen aku...

Anonymous said...

POK, neida cita bujang kinek tok. laju kit embed chat box. iskkk, boring nak klaka rah komen box.

kazen said...

ktk da sik semua ciri2 ya owh? let me think.. ermm.. ada la.. ermm.. owh sikda.. ada.. sikda.. ada.. sikda.. ntahlah. rasanya???
;)wink

sekdanama said...

padah jak ada sia. boh nak amik ati aku bah... ktk pun tauk sapa kmk nak...

Pejai said...

wak....nang mee pok peberet aku wak....xpeclly Mee pok blkng Pekson ya...he he heee....ttg artikel ko ya, aku nang setuju 100%..nang nyata terang lagi bersuluh wak...nang ada spesis ya wujud di muka bumi Allah yg Maha Esa tok....aku lepak kat Bunda selalu(sblh Family Cafe ya) sbb suka nangga miak puan tudung ya, nang cute wak, wlpun nya "sihat" tp nang manis senyumannya bak manis aik milo aku wak ha ha haaa

Pejai said...

Fazura? Juliana Evans? cehhhhhhhhhh.... sapa2 pun x pat melawan wanita pojaan hati ku dari dunia hgga aherat....mak aku!!!!!!! a.k.a Dayang Hjjh Maimunah - wanita paling seksi ha ha ha aaaaaa..... wanita Pojaan ko wak? dah tentu lah " Fasha Sandha" ha ha haaaaaa

sekdanama said...

arghhh