Sunday, March 9, 2008

Membangkang


Akhirnya suara rakyat Malaysia kedengaran dan mereka mahukan suatu perubahan di dalam pemerintahan. Walaupun pada dasarnya aku tidak berapa minat dengan dunia politik, tetapi cukuplah sekadar mengetahui apa yang berlaku dan membangkang apa yang perlu. Fanatik mana sekalipun aku terhadap politik, bagi aku, kegilaan ini tidak akan membawa aku jauh ke dalam dunia yang penuh dengan penipuan, korupsi, kronisme, seks dan segala-galanya.

Apa yang pasti, rakyat Malaysia bukan lagi rakyat Malaysia yang hidup dalam kejahilan, menerima apa yang disuapkan oleh pemerintah, tanpa bantahan. Mereka bukan lagi bodoh, mengundi parti pemerintah bila terdengar pemimpin ingin menaikkan bonus 5-6 bulan gaji, atau menurap jalanraya pada malam hari, kerana aku hampir ditimpa kemalangan, disebabkan terdapat pekerja-pekerja yang mana pemimpin tertingginya kalah di Sungai Siput, sedang menurap jalan. Mungkin itu sahaja yang aku tahu, kerana pengetahuan aku dalam dunia politik agak cetek.

Bukan itu sahaja, mengikut pemahaman logik aku, penghapusan nombor siri yang terdapat di dalam kertas undi juga menjadi salah satu faktor kemenangan bagi calon-calon yang bertanding. Ini kerana, rakyat sudah lama di'"momok"kan dengan pelbagai jenis cerita yang tidak berapa seram untuk didengar. Cerita tersebut sememangnya langsung tidak seram, tetapi mengapa pengundi masih lagi takut untuk memilih siapa yang berhak untuk menjadi wakil mereka. Hanya itu sahaja yang aku tahu.

Semua ini bukan bermakna aku fanatik terhadap pembangkang. Mengikut logik aku juga, salah satu faktor mengapa pembangkang menang dalam pilihanraya kali ini adalah kerana rakyat mahukan perubahan. Disebabkan rakyat tidak mempunyai pilihan selain daripada dua pilihan yang disajikan, iaitu Barisan Nasional dan Barisan Alternatif. Ini menyebabkan mereka terpaksa memangkah Barisan Alternatif, atau mungkin juga mereka akan melakukan undi rosak. Hasilnya, kita lihat apa yang sedang berlaku sekarang ini. Mereka sebenarnya sedang menentang kerajaan dan mereka juga bukannya sedang menyokong pembangkang. Adakah apa yang aku katakan ini masuk akal, jika difikirkan secara mendalam?

Apa yang pasti, aku ingin BEBAS, kerana aku adalah BEBAS, BEBAS berada dimana-mana sahaja, dan BEBAS menyokong sesiapa sahaja. Selama ini aku sememangnya tidak pernah menyokong Barisan Nasional kerana tiada seorangpun calon-calon mereka yang dapat dilabelkan sebagai "true politician", hanya seorang sahaja yang aku label sebagai politikus sejati, Datuk Shahrir Abdul Samad, dan ini juga bukan bermakna aku fanatik terhadap parti pembangkang. Aku hanya sekadar memenuhi masa lapang, melihat ahli-ahli politik bertepuk tangan sambil menunjukkan kebodohan ketika mereka berada dalam keadaan terdesak untuk meraih undi (meletakkan botol arak di bilik gerakan pihak pembangkang juga merupakan satu kebodohan yang dilakukan oleh pemuda parti).

3 comments:

averrose said...

bgs pok nnt balik kuching ko ganti calon dap kawasan kuching.. tp atas tiket dap ar.. gilir2 ar takkan nk bg cina je pegang kuching

broken_nigina said...

cool.

Irwan said...

averrose - ckp tak gune otak...

broken_nigina - tak sejuk cam ais pun...