Wednesday, November 5, 2008

realiti membawa aku ke bawah

Tiada kaitan dengan tajuk...

Biji mata aku sukar untuk dipejamkan. Mungkin disebabkan oleh insomnia. Tanpa berlengah lagi, alat kawalan jauh peti televisyen digapai. Mencari-cari mungkinkah ada saluran yang memaparkan rancangan yang menarik. Alangkah penatnya mata suciku untuk menatap semua rancangan yang dihidangkan, kerana semuanya telah ditonton semenjak raya yang lalu.

Harap maaf, aku cuba nak ikut gaya ayat "skima" SPM, tetapi hanya setakat tahap "lulus". Memang patut pun BM aku tak kredit. Itu baru BM, belum lagi subjek lain. Hanya matematik yang mungkin boleh dibanggakan. Mungkin juga kerana aku selalu buat kalkulus "belanjawan harian", 5% dari perbelanjaan disalurkan untuk rokok. Itulah hasil daripada 'kenakalan' aku, pengaruh rakan sebaya. Semua perkara aku dah 'try' masa sekolah dulu, nakal la katakan, tapi belum lagi sampai ke tahap jahat. Minum, rokok, gam... semuanya... siap kena kejar polis, sebab minum air kencing setan, kat belakang pasar ikan. Nasib baik tak kena tangkap. Kalau bergaduh, takyah cita, semuanya sebab aku ada "back up", kira aku buat-buat berani la (beranikah aku???), walaupun hakikatnya aku goyang bila orang ajak aku bergaduh. Tapi kalau "1 on 1 after skool", frasa yang slalu diguna time sekolah, memang aku takut, memandangkan saiz fizikal aku yang mudah untuk diulam... hehe...

Nakal-nakal aku, belum lagi sampai ke tahap "fly high on ice", ambil dadah, orang puteh kata, "heroin", orang kita kata, syabu, ganja, batu, sayur dan segala yang berkaitan. Mungkin juga sebab masa aku kecik dulu, hari2 layan iklan "dadah membunuh" siap dengan lagu tema dadah... jadi, kesedaran sivik dah dipupuk sejak aku kecik lagi. Mana ada iklan rokok merbahaya, arak membakar paru-paru, gam melekatkan sel2 otak... mana ada bai (bai = short form untuk "cibai")...

Itu cerita dulu, nakal itu yang buat aku jadi matang. Kalau orang tengok aku skang, mesti orang kata aku budak baik. Memang pun, aku dah tak layan benda Allah ni... Kalau aku cerita pengalaman aku dulu, memang orang tak percaya. Cuma rokok yang aku masih layan sampai skang.

Tapi skang dah terbalik, orang yang aku kenal dulu, tak penah layan benda Allah ni, skang smua dah mula layan... termasuklah yang jadi "kaki pompuan", mabuk time clubbing...

Sorryla kawan, aku tak pandai nak lepak kat pub, main snuker, mabuk2... aku lepak kat kedai mamak. Kalau dah lam umah, orang ajak kua, memang berat kaki nak melangkah. Aku lebih selesa duk lam umah, temankan mak aku, fasha sandha, merangkap kekasih awal dan akhir (cilaka itu budak, gelarkan mak aku fasha sandha. adakah itu yang dinamakan kawan? tapi aku tau, hati ko baik, hanya gurauan semata-mata)...

Itulah sebabnya aku tak penah menyesal ngan apa yang telah aku lakukan. Bak kata ellen pompeo lam grey's anatomy, "semalam itu sejarah, hari ini hadiah, esok masih misteri" (yesterday's history, today's present, tomorrow still mistery), gitulah bunyinya bila alih bahasa secara terus dan terang. Cam pompuan lak aku ni, guna quote & phrase...

p/s : i layan tau grey's anatomy, walaupun i tak tau jalan cerita dari awal, tapi i tetap layan, sebab i suka la tengok katherine heigl, so sexy... biar aku tak tau awalan, klimaks mahupun ending cerita, yang penting, aku dapat tengok katherine heigl, kategori 'perfect lady'

2 comments:

Anonymous said...

hehe...tetak aku baca stori ko...fasha sandha...
best wooo...grey's anatomy, mun full mpun version best gik...hehehehe...

Anonymous said...

sapa kwn ktk ya? gelar cik fasha sandha. tulah da jak.