Demam indie… definisi yang sesuai. Sebut indie, orang akan kata, meet ucle Hussein, hujan. Istilah indie yang bermaksud independent atau DIY (do it yourself), sebenarnya sudah lama wujud dan band indie, menulis, arranged, record serta menerbitkan albumnya sendiri, di bawah label sendiri, tanpa bantuan produser terkenal. Pendek kata, buatan tangan sendiri.
Bagi aku, indie berasal daripada pengaruh genre alternative rock, sekitar 90an, yang dibawa oleh nirvana, REM, the cure, rancid?!?!?! kalau nak tau, rancid, walaupun ianya band punk, pengaruh indie/DIY sebenarnya datang dari genre punk, sekitar 70an, cam the ramones, sex pistols
indie & pop art tidak boleh dipisahkan... hmmm...
Masa zaman aku dulu, zaman sekolah dulu-dulu… hehe... alternative rock/indie/DIY/underground memang dah menular ke mainstream. Nirvana, alice in chains, smashing pumpkin, greenday, weezer, the verve, oasis, termasuklah fictional band, the wonder. Pastu band yang tak terkenal sangat masa tu cam simon says, deftones, rage against the machine, sonic youth, muse, death cab for cutie, termasuklah band racist dan anti arab dari new york, helmet, pong gua layan. Band helmet ni aku kenal sebab kawan aku bagi cd soh aku dengar. Sebagai menghormati naib presiden kelab kugiran sekolah, aku terpaksa layan walaupun berat hati, takut takleh nak jamming free kat studio sekolah, sebab aku bukan ahli kelab…
Masa aku sekolah dulu, local indie band yang masuk mainstream leh bilang ngan jari kaki, cam butterfingers, oag, nicestupid playground… Hanya itu yang aku ingat. New boyz, the moffat ngan Gil tak masuk lam list, genre totally lain… lagipun, kamekorang anti ngan sidak, sebab sidak ya lah molah saham-saham kamekorang gugok. Nak cari awek tem sekolah bukannya senang, sekolah laki la katakan. so, kalau nak awek, "usaha tangga kejayaan", naik tangga jejantas depan sekolah, seberang jalan, pastu melompat-lompat cam monyet, sebab sekolah pompuan nun di seberang jalan. Sekolah aku mana ada pompuan, pondan ngan gay banyak…
Sekarang ni, istilah indie sudah sinonim dalam aliran mainstream. Tapi, Orang masih lagi kaitkan indie dengan meet uncle Hussein, termasuklah hujan.
Aku nak tambah ceritera skit. Penyanyi hujan sebenarnya berasal dari kumpulan hip hop MIX (kumpulan ni fanatic dengan wu-tang clan dan cypress hill), anak didik cat farish. Salah seorang anggota MIX berasal dari satu kelas/darjah. Dalam kelas tersebut ada seorang malaun. Malaun ni musuh ketat si fxoni pelombak wannabe… ini cerita lain… kalau nak tau, Tanya tuan empunya badan. tiada kaitan full stop
Berbalik kepada indie. Indie sebenarnya berasal dari pelbagai genre, cam alternative rock, post-rock, grunge, punk rock, folk, experimental, termasuklah band-band kategori emo… asalkan mereka lari dari mainstream, DIY dan duduk bawah tanah. Ni aku nak tambah cerita skit, di mesia, band indie yang masuk local scene dah banyak cam disagree, love me butch, one buck short, tempered mental dan yang tak terkenal, the official, walaupun ianya dianggotai oleh seorang babe, sarah…
Band terbaru yang aku baru nak kenal, uglymen dari kedah ngan zero but hero, band dari penang. Dua-dua Chinese band. Pastu, paku, band dari penang gak. Apa yang aku tau, band paku dah wat tour di uk dan pernah diinterviewed oleh BBC-Cardiff…
Tapi, aku tetap rindu ngan band dari sekolah seberang sekolah aku dulu-dulu, trick n’ treat. ini cerita dulu-dulu. Sebabnya, mereka hot babes dan aku minat ngan salah seorang dari anggota band tersebut, si minah salleh sarah barinalibun. Malangnya, aku bukan hunky…
2 comments:
"Salah seorang anggota MIX berasal dari satu kelas/darjah. Dalam kelas tersebut ada seorang malaun. Malaun ni musuh ketat si fxoni pelombak wannabe… ini cerita lain… kalau nak tau, Tanya tuan empunya badan. tiada kaitan full stop"
Da juak nama ku d sebut dlm post tok. sapa musuh ketat ku pok? ku mok tauk lok.
malangnya, aku bukan hunky...
kehkehkeh.
Post a Comment