Tuesday, April 8, 2008

Apa?

Petronas FP1

Satu perkara yang sememangnya aku tidak berkenan. Apabila Kerajaan Malaysia mahu membantu menyelamatkan pelacur kelas atasan, ke jalan yang benar. Dia dikatakan terkena ilmu hitam oleh seorang ustaz yang aku lupa namanya dan operasi menyelamat akan diketuai oleh Senator Dr. Mashitah. Kenapa perlu menghabiskan duit rakyat semata-mata untuk menyelamatkan seseorang yang sememangnya terbukti mengidap penyakit jiwa dan dia sendiri yang memilih untuk hidup sedemikian?

Atau juga sekadar mahu membuktikan kepada rakyat bahawa kerajaan amat prihatin. Jika kerajaan benar-benar pihatin, banteras saja aktiviti pelacuran yang terang-terang dimonopoli oleh kaum yang “tidak boleh dipersoalkan ketuanannya di Malaysia”. Itupun jika kerajaan benar-benar ikhlas.

Itulah hakikatnya kita, bangga dengan apa yang dimiliki, walaupun ianya tidak perlu dibanggakan. Tidakkah kita merasa yang kita ini sedang ditertawakan oleh negara jiran kita, kerana kita terlalu fanatik terhadap sesuatu, seperti menghantar pelancong ke angkasa lepas, kerana angkasawan kita hanya memegang title “cosmonaut”. Sedangkan Vietnam, 28 tahun lebih dulu menghantar cosmonautnya ke angkasa lepas.

Atau kita masih lagi bangga dengan barang buatan tempatan, seperti Perodua Kenari, yang dicalonkan sebagai kereta “Paling Tidak Stabil” oleh “Three Stooges” dari rancangan Top Gear. Nasib baik Kenari tidak terpilih sebagai “bahan ketawa” oleh mereka, kerana Smart ForTwo, kereta buatan Switzerland yang diilhamkan oleh syarikat jam tangan, Swatch, memenangi anugerah tersebut. Kita masih lagi boleh berbangga dengan Proton Impian (Proton Waja di UK), yang dikategorikan sebagai kereta 3 stars di UK, itupun mungkin disebabkan versi 1.8 dibangunkan menggunakan enjin Renault.

Apa yang pasti, hanya satu saja produk yang boleh dibanggakan oleh kita, Petronas. Syarikat yang telah mengeluarkan pelbagai barangan berteknologi tinggi, termasuklah Petronas FP1, motosikal berkuasa tinggi yang dihasilkan sebanyak 150 unit, 100 unit untuk dijual ke seluruh dunia dan selebihnya dihasilkan untuk perlumbaan.

Bayangkanlah jika kita diberi pilihan, sebagai contoh, Proton Satria Neo dan Honda Civic EK9, dihasilkan dengan prestasi dan harga yang setara, yang manakah pilihan kita? Walau apapun, kita tetap rakyat Malaysia dan patut berbangga dengan asal-usul kita. Aku juga berbangga dengan Nicol David, dan tidak akan sekali-kali merasa bangga untuk menjadi lelaki yang sering memaki baju berlambangkan kuda serta berkolar terangkat.

5 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

aku bangga menjadi anak Malaysia...

Nisa said...

Rite...

Anonymous said...

doe - aku pun...

lady n - mungkin tidak bagi cik nisa yang berasal dari singapura....
p/s :tahu byk ttg u dr encik sampah yg semakin bermisai tebal...