Jenis-jenis perempuan yang aku kadangkala naik menyampah, walaupun perempuan tersebut rakan aku sendiri:
- Memulakan perbualan yang berunsurkan tajuk "AKU". Kalau nak sangat cerita, aku cadangkan engkau tulis blog bertajuk "AKU". Contohnya, seperti blog "AKU" ini.
- Bertanyakan pada aku soalan-soalan dan perkara-perkara yang terlalu remeh, contohnya, "dah mamam", "dah minum", "dah tito" dan semuanya yang bermula dengan "dah" (versi manja gedik. Menyampah i tau). Dikategorikan sebagai terlalu mengambil berat. Kalau lelaki bertanya pada aku, memang sah lelaki tersebut menaruh hati pada aku. Jika perempuan tersebut kekasih aku, mungkin ceritanya berbeza. Al-maklumlah, perempuan tersebut kita suka. Betul tak, apa yang aku katakan ini.
- Memuji aku. Aku yakin tiada manusia yang tidak bangga jika dipuji, walaupun sedikit (hipokrit). Jika perempuan tersebut terlalu mengeji aku pun, naik menyampah juga, sebab kita ini lelaki, ego, tetapi aku bukannya egocentric.
- Speak in english at me, especially that girl whose speak "Excellent English". Untuk pengetahuan, keputusan MUET aku hanya memerlukan 2 points untuk mencapai tahap "Excellent English User" (Maaf, kadangkala sifat angkuh, sombong, bongkak, riak dan takbur diperlukan pada situasi tertentu, terutamanya dalam situasi paku-memaku, tembak-menembak serta pangkah-memangkah, untuk kelangsungan hidup). - Aku sedang menambah perisa.
- Meletakkan diri pada tempat yang tinggi. Perempuan seperti ini jenis perempuan yang "muka minta selipar Jepun jenama Tat Sing". Dikategorikan sebagai kes khas, sebab aku susah hendak terangkan, terlalu subjektif.
- Perempuan selebet dan terlalu merendah diri. Juga dikategorikan sebagai kes khas, kerana ianya terlalu subjektif.
- Terlalu rival, walaupun orang yang dibenci berada di depan mata. Jika tidak suka sekalipun, jangan serlahkan kebencian tersebut. Jadilah seorang yang hipokrit untuk seketika.
- Menengking serta memarahi aku. Nasib baik rakan perempuan yang rapat dengan aku, termasuk kakak aku sendiri, tidak pernah menengking aku, walaupun mereka sedang datang bulan.
- Menjadikan lelaki seperti seekor "khinzir" yang tidak mempunyai perasaan, walaupun perkara tersebut hanya terjadi pada sahabat aku. Dikategorikan sebagai kes khas dan terlalu subjektif.
- Suka condemn orang lain. Perempuan seperti ini dikategorikan sebagai perempuan "emak budak".
- Perempuan Melayu Terakhir (wujudkah mereka di dunia ini?).
- Memberi gelaran "anak emak" pada aku sedangkan engkau langsung tidak mengetahui tentang diri aku serta emak aku dan aku mempunyai tanggungjawab terhadap emak aku. Aku lebih sayangkan keluarga aku daripada engkau, wahai perempuan.

2 comments:
perempuan..dtg atas nama cinta.. pergi juga kerana cinta..huhu
'Beliau' pun termasuk kategori diatas kan? hehe.. daym
nobody is perfect....setiap org ada kelemahan dan kelebihan masing-masing...
Post a Comment